Tentang Kami ( ABOUT US)

Tentang Kami

Sejak tahun 1980, aktiviti penerimaan tempahan dan jahit menjahit bermula di rumah.  Pelanggan kami bukan saja terdiri daripada jiran-jiran dan saudara mara tetapi juga dari luar daerah seperti Bukit Besi, Jerangau, juga di daerah Kuala Berang.  Berasaskan penerimaan tempahan yang banyak, beberapa orang wanita kampung kami dan juga pelajar latihan dari institut tertentu yang ingin menambah pendapatan dilatih untuk memahirkan diri dalam menghasilkan pakaian yang berkualiti sesuai dengan permintaan pelanggan.
Melalui aktiviti ini, kami dapat membantu:
  • menambah pendapatan isirumah bagi mereka yang terlibat sama ada pekerja mahir, separuh mahir, pekerja tidak mahir dan pekerja sambilan.
  • pengalaman kerja dalam bidang pembuatan pakaian yang diperolehi pekerja akan dapat digunakan mereka untuk berdikari pada masa hadapan.
Setelah sekian lama berusaha, akhirnya pada  Januari 2008, kami membuka sebuah premis untuk meneruskan aktiviti ini di  blok A. Walau bagaimanapun, aktiviti di rumah masih lagi dijalankan bagi membantu dan memudahkan para wanita terbabit melakukan kerja tanpa perlu berulang-alik dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah ke pusat bandar Dungun.